15 Ogos 2024 | 10 Safar 1446H

Mantan Naib Canselor ke-5 UiTM tersebut hadir sebagai jemputan panel di Galeri Tun Abdul Razak petang tadi untuk siri Bual@IMPAK anjuran Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Episod hari ini dimudahcara oleh Encik Zulkipli Bakar (Mantan Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi UiTM) dan ⁠Dr. Norzizi Zulkifli (Ketua Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM).

Tokoh peneraju ini membicarakan pengalaman beliau mengemudi UiTM dengan strategi pengajian tinggi menjangkau sempadan. Beliau melihat UiTM sebagai potensi besar dengan kekuatan kepakaran dalam skala besar yang perlu diterokai. Antara lain yang dibincangkan adalah cabaran hebat mengendalikan Covid-19 serta strategi pendigitalan pengajaran dan pembelajaran.

Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Azizan Bin Abdullah (Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Dr. Abdul Rahman Omar dan pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat bersama beliau.

Terima kasih Datuk, sudi hadir ke perkongsian ilmu hari ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa









Post a Comment

Terbaru Lebih lama