27 - 28 Ogos 2024 | 22 - 23 Safar 1446H
Usaha Perpustakaan Tun Abdul Razak membangunkan Koleksi Jawi sedang giat dilaksanakan bermula awal tahun ini. Justeru itu, antara inisiatif yang akan menyokong strategi pembudayaan tulisan jawi ini adalah dengan meningkatkan kemahiran warga perpustakaan dengan pelbagai teknik untuk mentransliterasi teks dari Rumi kepada Jawi dan sebaliknya dengan tepat dan efektif.
Bengkel Transliterasi Jawi berjaya dilaksanakan pada 27 hingga 28 Ogos 2024 dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas berkenaan tulisan jawi di peringkat institusi pengajian tinggi dan negara.
Seramai 24 orang warga perpustakaan yang terlibat dengan perkhidmatan perpustakaan dan pengurusan koleksi Jawi telah menyertai bengkel selama dua hari ini.
Catat Ulasan