6 Ogos 2024 | 1 Safar 1446H


Satu lagi jalinan kolaborasi bakal direalisasikan antara pemaju perumahan unggul di Bandaraya Shah Alam, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak berkenaan Bicara Ilmu Perumahan dan reruai jualan eksklusif untuk warga UiTM dan komuniti Shah Alam.

Menurut Logeswaran a/l Kannan, Pengurus Pemasaran
dan Rafidah binti Mohamad Shahrun, Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran PKNS yang hadir sesi perbincangan petang tadi menjelaskan usaha julung kali ini akan menawarkan keistimewaan khas kepada warga UiTM terutama projek perumahan terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Justeru itu, banyak kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam minggu hadapan.

Oleh itu, nantikan pemakluman istimewa yang akan diumumkan minggu ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa




Post a Comment

Terbaru Lebih lama