2 - 4 Ogos 2024 | 27 - 29 Muharram 1446H


Tanpa mereka program ini pasti sukar untuk berjaya !

9 orang mahasiswa UiTM Shah Alam berjaya mengendalikan pelaksanaan program ini melibatkan 37 orang pelajar dan guru bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos 2024 diketuai oleh saudara Wan Aiman Salahuddin Bin W Ahmad Azlan dari Majlis Perwakilan Pelajar. Mereka terus mengatur gerak kerja sejurus tamat peperiksaan akhir masing-masing dan kekal bertenaga sepanjang program.

Pengalaman mengendalikan program dan dedikasi merupakan faktor utama program ini berjaya dengan kehadiran mereka. Antara kumpulan pelajar yang profesional, komited dan kaya budi bahasa. Kebersamaan komitmen, semangat dan kesungguhan dapat dilihat walaupun mereka datang dari pelbagai bidang pengajian.

Kami yakin mereka boleh pergi lebih jauh. Pastinya objektif untuk menyediakan mahasiswa kompeten telah tercapai !

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Sukarelawan Perpustakaan yang menjayakan program ini :

1. Wan Aiman Salahuddin Bin W Ahmad Azlan
2. Nur Syahirah Binti Zakariah
3. Muhammad Akmal Bin Abd Rahman
4. Zuhrah Musfirah Binti Mustapah
5. Muhamad Zaid Bin Azmi
6. Rif Daris Bin Rakimi
7. 'Irdina Saffiyah Binti Izham
8. Alif Haiqal Bin Roslan
9. Muhamad Farish Zharfan Bin Mohd Zaki

Kredit lensa : Sukarelawan Perpustakaan

Sertai kami untuk Sukarelawan Perpustakaan di pautan https://ptarapps.uitm.edu.my/loginv2/# . Pilih Menu Sukarelawan > Daftar

Post a Comment

Terbaru Lebih lama