15 Ogos 2024 | 10 Safar 1446H

Kecemerlangan pengurusan arkib UiTM merupakan faktor utama Jawatankuasa Penggerak Pembangunan Arkib Digital Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu berkunjung ke Bahagian Arkib UiTM dalam satu sesi lawatan hari ini.

Perkongsian ilmu ini diketuai oleh Encik Ahamad Zuber Mohamed, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Bahagian Arkib Universiti menyampaikan pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik pembangunan arkib digital.

Kumpulan pelawat dari UMT diketuai oleh Encik Ahmad Abdul Rahim bin Alias bersama tujuh orang pegawai turut melawat Galeri Tun Abdul Razak untuk melihat lebih dekat pengurusan pameran serta koleksi UiTM.

Semoga lawatan ini memberi nilai ilmu dan makna kepada UMT untuk pembangunan arkib digital mereka.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa













Post a Comment

Terbaru Lebih lama