6-7 Ogos 2024 (Selasa -Rabu) | 1-2 Safar 1446H

Lebih 100 orang pelajar dan 13 orang guru menyertai program intensif subjek Sejarah, Moral, Biologi anjuran SMK La Salle Klang dengan kerjasama Old Boys Association of La Salle, Klang (OLAK), Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak selama dua hari. Program yang julung kali diadakan di PTAR bertujuan untuk menyediakan pelajar teknik dan strategi subjek-subjek tersebut selain memberi nafas baharu dengan suasana kampus yang sebenar.

Kesemua pelajar pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM dan pelajar dilihat ceria serta bersemangat sepanjang program intensif ini yang dikendalikan guru-guru subjek tersebut.

PTAR turut sama menyumbang kepada pembudayaan ilmu komuniti sekolah melalui sesi Asas Bacaan Pantas yang dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman. Melalui sesi tersebut, pelajar diperkenalkan teknik dan strategi untuk bacaan pantas berkualiti yang akan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.

Pelajar turut serta menyanyikan lagu jalur gemilang sempena Sambutan Hari Merdeka tahun ini sebelum program berakhir.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama