7 Ogos 2024 | 2 Safar 1446H
Perjanjian kerjasama yang diadakan lewat petang sebentar tadi melakar peristiwa penting dalam hubungan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama pihak industri yang bakal memberi manfaat kepada perkhidmatan perpustakaan pada tahap yang lebih unggul.
Perjanjian itu ditandatangani Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan Dato’ Dr. Mohamed Razali bin Dato’ Mohamed Yusoff, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Nusantara Technologies Sdn. Bhd. dalam satu majlis di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM.
Menurut Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, perjanjian tersebut yang dirunding PTAR bersama Nusantara Technologies Sdn. Bhd. sejak tahun lalu memperlihatkan kepentingan perpustakaan kekal relevan sebagai pusat pembudayaan ilmu kepada warga universiti dan komuniti. Sumbangan Nusatek Sdn Bhd akan menaiktaraf kemudahan perpustakaan dengan menempatkan koleksi Dato’ Mohamed Yusof bin Haji Ahmad serta keperluan teknologi terkini.
Lihat juga Memorandum of Collaboration (MOC) perpustakaan yang lain di https://perpustakaanuitm.blogspot.com/search?q=moc
Catat Ulasan