7 Ogos 2024 | 2 Safar 2024
Perpustakaan Tun Abdul Razak meraikan kehadiran 40 orang Pengawas Pusat Sumber sekolah dan 4 orang guru Perpustakaan & Media dari SMK Taman Bunga Raya (1) petang tadi. Pelajar dan guru hadir untuk menyertai sesi Taklimat Pengurusan Perpustakaan dan Kepakaran Pustakawan oleh Puan Norazlin Mohd Yusof serta Asas Bacaan Pantas oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli.
Menurut Guru Pusat Sumber, Puan Rokayah Mohd Daud, ini adalah lawatan kali pertama pelajar ke UiTM dan mereka kagum dengan pencapaian serta pelaksanaan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga universiti. Harapan beliau, pelajar yang hadir ke PTAR hari ini peroleh pengalaman khususnya bidang kepustakawanan, perpustakan digital dan strategi bacaan pantas yang berkesan.
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan