7 Ogos 2024 | 2 Safar 1446H


Naib Canselor wanita pertama UiTM hadir sebagai jemputan panel Bual@IMPAK : Mantan Naib Canselor di Galeri Tun Abdul Razak petang tadi. Pelbagai topik yang dikongsi beliau antaranya strategi governan, perancangan strategik memperkasa anak bangsa hingga berkenaan Kecerdasan Buatan (AI). Jelas, tokoh hebat ini bersemangat membicarakan berkenaan UiTM. Segala fakta dan sejarah masih kekal dalam ingatan beliau.

Episod kali ini dimudahcara oleh YBrs. Prof. Dr. Ismie Roha Mohamed Jais, Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik). Turut hadir adalah Prof. Dr. Amer Shakir Zainol (Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani (Dekan ACIS), Encik Zulkifli Mohamed (Presiden Kesatuan kakitangan Umum UiTM (KKUiTM) dan Encik Saharuddin Lin (Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM - MITASA).

Semoga Datuk kekal bersemangat dan sihat ! Insya-Allah.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa






Post a Comment

Terbaru Lebih lama