13 September 2024 | 9 Rabiul Awal 1446H
SIri kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama IMPAK kali ini di Galeri Tun Abdul Razak menampilkan mantan Naib Canselor UiTM yang ke 3 iaitu Professor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar yang menerajui UiTM pada 2010 sehingga 2015.
Siri ini dimudahcara oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Ismail Sualman (Profesor, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) dan YBrs. Puan Alfina Bakar, K.M.N, CHRM (Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Selangor).
Beliau yang lahir dalam golongan keluarga yang serba kekurangan berjaya mengubah nasib diri dan hala tuju beliau ke arah yang lebih baik. Beliau telah mencipta satu projek komuniti yang diberi nama Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan terutamanya di Pulau Pinang, di mana 70% penerima biasiswa berasal dari negeri tersebut.
Pencipta tagline "UiTM dihatiku" ini turut menekankan agar maruah UiTM sentiasa dipertahankan dan tidak digadaikan dalam apa jua keadaan, memandangkan peranannya yang amat penting. Beliau turut berharap agar anak bangsa serta graduan UiTM berjaya dalam kehidupan dan kerjaya, dengan sasaran mencapai kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 98%.
Perjuangan untuk mengubah takdir dan masa depan anak bangsa perlu diteruskan dengan gigih serta semangat kebangkitan Melayu wajar diterapkan dalam setiap warga UiTM demi memperkukuhkan jati diri dan kecemerlangan institusi ini.
Kredit kapsyen Pelajar Latihan Industri :
Levaini Maison, Danisha Elya binti Tukimin, Kamarul Afizi Bin Mohd Yusoff
dan Ainul Mardhiah Binti Noorhisham.
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan