ITM Cawangan Johor telah memulakan operasinya pada 15 Disember 1983 di bangunan sementara di Taman Indah, Bukit Siput, Segamat. Ia dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad pada 1 Januari 1984. Bangunan kedai dan rumah teres yang disewa di Taman Indah dijadikan pejabat pentadbiran, bilik kuliah, asrama dan lain-lain kegunaan.

Di samping itu, dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Sekolah, Institut Teknologi MARA Cawangan Johor telah meminjam Sekolah Temenggong Abdul Rahman untuk dijadikan asrama.

Sumber: Buku Melakar Peristiwa Pengkisahan Sejarah Kampus-Kampus ITM-UiTM

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Post a Comment

Terbaru Lebih lama