20 September 2024 (Jumaat) | 16 Rabiulawal 1446H

Mau'izah bulan September 2024 kali ini membawakan topik Waspada Fitnah Akhir Zaman yang dibawakan oleh Ustaz Abdul Mutalib Jamil, Timbalan Pengarah II dari Bahagian Hal Ehwal Islam.

Huru-hara, bencana, ujian dan sesuatu yang memaknai kekufuran dalam kehidupan dipanggil sebagai fitnah manakala akhir zaman pula merujuk kepada perjalanan akhir umat islam seperti yang dijanjikan Allah S.W.T bahawa akan berlaku hari kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia akan dibangkitkan iaitu Hari Akhirat.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda: Maksudnya: “𝐴𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 (𝑘𝑒𝑚𝑢𝑛𝑐𝑢𝑙𝑎𝑛) 𝑑𝑎𝑗𝑗𝑎𝑙-𝑑𝑎𝑗𝑗𝑎𝑙 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑠𝑡𝑎. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑐𝑎𝑝𝑎𝑛-𝑢𝑐𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑟. 𝑀𝑎𝑘𝑎 𝑗𝑎𝑢ℎ𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑠𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑚𝑎ℎ𝑢𝑝𝑢𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑡𝑛𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛.” [Riwayat Muslim (16)].

Jelas menunjukkan dajjal merupakan fitnah akhir zaman yang paling besar dan penuh dengan penipuan. Oleh itu, umat islam wajib mempersiapkan diri dengan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, lindungi diri dengan doa hindari fitnah dajjal, membaca dan menghafal surah Al-Kahfi, memahami dan mengajar tentang fitnah dajjal kepada keluarga serta berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa




Post a Comment

Terbaru Lebih lama