23 September 2024 | 19 Rabiulawal 1446H
Literasi Maklumat Komuniti Sekolah kali ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih melibatkan 110 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan 10 orang guru. Pengisian program menampilkan Asas Bacaan Pantas oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli dan Literasi Maklumat oleh Puan Eza Eliana A Wahid serta turut dibantu oleh Puan Norazlin Mohd Yusof dan Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman.
Dua orang Sukarelawan Perpustakaan terlibat menjayakan program ini iaitu saudara Muhammad Faris bin Parluhutan (Kolej Pengajian Alam Bina) dan saudari Auni Binti Ismail (Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik Dan Matematik).
Kami menyediakan pengalaman teknik bacaan pantas untuk para pelajar menguasai strategi membaca yang berkesan diikuti dengan kemahiran maklumat bagi menghadapi cabaran dalam era digital. Dengan kemahiran ini, pelajar tidak hanya menjadi pengguna maklumat yang baik tetapi juga pencipta maklumat yang beretika.
Besar harapan kami agar pembudayaan ilmu ini akan membawa dimensi generasi yang bersedia mendepani cabaran hebat akan datang.
Kredit foto : Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Sukarelawan Perpustakaan
Catat Ulasan