17 Oktober 2024 | 14 Rabiulakhir 1446H

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melantik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM sebagai perpustakaan penghubung kepada Perpustakaan Ibnu Khaldun, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Inisiatif ini bertujuan memenuhi matlamat Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi (KONSEPT) untuk meluaskan akses kepada sumber ilmiah digital dalam kalangan warga Pendidikan tinggi.

Kehadiran Ketua Pustakawan PTAR, Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan diiringi Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan (BPPN) dan Puan Aznur Umiza Binti Abu Kasim @ Abu Kassim, Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU) disambut baik oleh Puan Nor Zarini Binti Ismail, Ketua Pusat Pengurusan Aset Dan Fasiliti Bersama Puan Siti Zubaidah Binti Ahmad Ketua Unit Perpustakaan dan Puan Beghum Ulfhat Shehnaaz Binti Amir Ali, Pustakawan Kanan.

Semoga dengan pelantikan Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai Perpustakaan Penghubung akan membantu mengoptimumkan sumber maklumat, fasiliti dan perkhidmatan perpustakaan dalam ekosistem pendidikan tinggi.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa





Post a Comment

Terbaru Lebih lama