13 Rabiulakhir 1446H | 16 Oktober 2024

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam meraikan 6 orang pelajar antarabangsa dalam pengkhususan Bachelor of Library Science, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia yang tiba di sini pagi tadi bersama dua orang pensyarah. Mereka bakal menjalani latihan industri dalam bidang pengurusan perpustakaan selama 4 minggu yang akan dikendalikan oleh Pustakawan berpengalaman.

Peluang menjalani latihan industri ini akan memberi pendedahan ilmu, kemahiran praktikal dan insaniah terkini kepada pelajar agar mereka mendapat input serta pengalaman yang berguna, sesuai dengan pembelajaran, tugasan dan perkhidmatan di perpustakaan.

Terkini, terdapat 7 orang pelajar dari Malaysia dan 2 orang dari Thailand yang sedang menjalani Latihan industri di PTAR.









Post a Comment

Terbaru Lebih lama