11 Jamadilakhir 1446H | 13 Disember 2024
Alhamdullilah, Ketua Pustakawan telah menerima penyerahan bahan bacaan braille yang telah dibukukan hasil daripada Kempen Menyalin Bahan Bacaan : Projek Braillethon - Helaian Ilmu Membawa Cahaya pada Jun tahun ini dalam Majlis Sambutan Hari OKU peringkat UiTM di Hotel Wyndham Acmar, Klang petang tadi.
Majlis perasmian Sambutan Hari OKU telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta turut dihadiri YB Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Negeri Batu 3 selaku (Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor - MTOS) bersama-sama warga UiTM.
InsyaAllah, bahan bacaan braille tersebut akan ditempatkan di Perpustakaan Tun Abdul Razak dan bakal menjadi hub khazanah yang bernilai untuk rujukan warga universiti serta komuniti yang memerlukan. Hasrat ini akan meletakkan fungsi perpustakaan memberikan peluang akses inklusiviti untuk memperoleh ilmu dan maklumat tanpa halangan bukan sahaja bagi warga universiti tetapi juga untuk komuniti lebih luas, termasuk penyelidik, pelajar, dan organisasi yang berkaitan.
Terdahulu pada 9 -10 Jun, Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (UPO) UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Shah Alam dan KL Braille Resources telah menganjurkan Kempen Menyalin Bahan Bacaan : Projek Braillethon - Helaian Ilmu Membawa Cahaya yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung selama 2 hari mensasarkan pengiktirafan The Malaysia Book of Records dalam kategori Most Books Digitized in a Program.
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#braille
Catat Ulasan