Pada 9 hingga 12 Disember 2024, Pembantu Pustakawan Kanan, Noorbaizura binti Mazlan menyertai 15 orang peserta lain yang terdiri daripada staf pelbagai skim perkhidmatan terlibat dengan Program VCSP P401 : UiTM Talent Quest Global Outreach di Singapura.

Program tersebut membuka peluang dan pendedahan kepada staf pelaksana untuk menjalani latihan di luar negara. Program itu membabitkan lawatan ke Masjid Sultan, Singapura dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Delegasi ini juga mendapatkan pendedahan tentang sistem pendidikan, pengurusan haji, pengangkutan serta system zakat yang disampaikan oleh Pn Suraya A. Rahman Wok dan En Md Ariff Marhassan dari I24U LLP, Singapura. 

Seterusnya, lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia. Sesi perkongsian maklumat diadakan bersama Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh Puan Norewati binti Dolhaji, Ketua Bahagian Sumber Manusia.

Semoga bermanfaat dan mencapai hasrat untuk menonjolkan keupayaan staf UiTM di peringkat antarabangsa selaras dengan misi universiti untuk mencapai kecemerlangan global.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Pautan hebahan :















Post a Comment

Terbaru Lebih lama