Pada 18 Disember 2024, seramai 27 pelajar Semester 5 dari program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah menyertai kelas Literasi Maklumat: Modul Introduction to Electronic Resources.
Dikendalikan oleh Puan Hanani Rojikin, Pustakawan Kanan PTAR Undang-Undang, selama 2 jam ini membuka peluang untuk pelajar menguasai teknik pencarian artikel, akses sumber rujukan digital melalui perpustakaan digital UiTM.
Pelajar kini lebih bersedia untuk menyelami dunia maklumat secara profesional dan beretika.
Hubungi kami untuk kelas Literasi Maklumat yang tersedia buat semua warga universiti.
#literacy
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#pembudayaanilmumembentukadiwangsa
Catat Ulasan