18 Jamadilakhir 1446H | 20 Disember 2024

Sesi Perkongsian Ilmu Sesi 2 pagi tadi bertujuan meningkatkan kompetensi profesional serta kepakaran dalam kalangan staf perpustakaan. Sesi seperti ini akan menggalakkan inovasi dan penambahbaikan amalan kerja sedia ada dengan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman baharu yang diperoleh.

Pengisian sesi kali ini menampilkan penglibatan profesional dan pelaksana dalam kursus yang telah dihadiri :

1. Bimbingan Kesantunan Berbahasa oleh Puan Siti Aishah Sadan dan Puan Nurul Farihah Sarmin Panut

2. UiTM Talent Quest Global Outreach oleh Encik Abdul Halim Mohd Daud, Cik Nurul Nadiah Harun dan Cik Noorbaizura Mazlan

3. Flutter Workshop – Hands On Mobile Apps Development oleh Puan Ida Laila Ishak

Tiga pembentangan kali ini membuktikan komitmen PTAR dalam melaksanakan inisiatif perkongsian ilmu yang pelbagai, selaras dengan visi memperkasakan kompetensi staf dan menyokong ekosistem pembelajaran yang holistik di UiTM.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa













Post a Comment

Terbaru Lebih lama