Shah Alam, 24 November 2024 – Bahagian Arkib Universiti UiTM telah mengadakan sesi libat urus bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM, yang dihadiri oleh 10 peserta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan rekod, arkib serta galeri di UiTM.

Libat urus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir dan Puan Roszainatul Haizan Binti Rusili adalah untuk memperkukuhkan komitmen dalam pengurusan rekod penting universiti, yang bukan sahaja menjadi aset berharga bagi UiTM tetapi juga membantu memelihara warisan institusi. Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pengurusan rekod dan pentingnya mematuhi piawaian arkib untuk memastikan rekod universiti disimpan dengan rapi dan berkesan untuk rujukan masa depan.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa







Post a Comment

Terbaru Lebih lama