Shah Alam, 29 November 2024 – Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA telah mengadakan sesi perbincangan bersama Bahagian Pengurusan Perkhidmatan (BPP), Jabatan Pendaftar, untuk membincangkan pengurusan Fail Peribadi, sistem Document Digital Management System (DDMS) dan Archive Tracking System (ATS).
Perbincangan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan rekod, memastikan pematuhan kepada Dasar Pengurusan Rekod UiTM, dan mengintegrasikan DDMS serta ATS bagi mempercepatkan proses arkib universiti. Tiga wakil dari BPP hadir dalam sesi ini, diketuai oleh Encik Muhammad Ashraf bin Che Ani bersama Encik Hazani Hamzah dan Puan Nursyahida binti Mohammad Jubri.
Dalam sesi ini, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran semasa dan mencadangkan penyelesaian untuk memperkemas proses pengurusan rekod. Hasil daripada perbincangan ini dijangka dapat menghasilkan pelan tindakan yang lebih sistematik, memperkukuh pengurusan arkib universiti, dan memastikan rekod disimpan serta diakses dengan lebih efisien.
Kerjasama ini diharapkan membawa impak positif dalam usaha UiTM untuk terus menjadi peneraju dalam pengurusan rekod universiti awam.
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan