Shah Alam, 2 Disember 2024 – Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA telah mengadakan sesi libat urus bersama Fakulti Undang-Undang (FUU) UiTM yang dihadiri oleh 11 peserta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan rekod, arkib serta galeri di UiTM. Objektif utama libat urus ini adalah untuk memperkukuhkan komitmen dalam pengurusan rekod penting universiti, yang bukan sahaja menjadi aset berharga bagi UiTM tetapi juga membantu memelihara warisan institusi.

Bahagian Arkib dan Universiti diketuai oleh Pengarah, Encik Ahamad Zuber Mohamed manakala Fakulti Undang- Undang dihadiri Dekan, PM Dr Nur Ezan Rahmat, barisan pengurusan dan staf yang menguruskan rekod PTj. Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pengurusan rekod dan pentingnya mematuhi piawaian arkib untuk memastikan rekod universiti disimpan dengan rapi dan berkesan untuk rujukan masa depan.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa




Post a Comment

Terbaru Lebih lama