Kampus sementara di bandar Kuantan Pahang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di tiga kawasan, iaitu di Telok Sisek, Padang Lalang dan juga di Bukit Sekilau. Pada tahun 1986, kampus ini mempunyai seramai 1,143 orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer dan Stenografi. Tiga program baru turut diperkenalkan pada tahun yang sama ialah Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Sains, dan Pra-Kejuruteraan. Ketika itu, terdapat 58 orang pelajar dan 53 orang pegawai pentadbiran di Kampus Cawangan ini.
Kampus Jengka dibina melalui dua fasa iaitu yang pertama mampu memuatkan 2,500 orang pelajar dan fasa seterusnya yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur mampu menempatkan 4,500 orang pelajar. Pembahagian kawasan tersebut adalah mengikut nisbah 60:40 iaitu 40% daripada kawasan tanah tersebut dijadikan kawasan untuk dibangunkan manakala 60% lagi dijadikan kawasan tujuan pertanian.
Kerja-kerja pembinaan bagi kampus tersebut bermula pada tahun 1988 namun tertangguh seketika ketika krisis ekonomi melanda dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 1992. Kampus tersebut secara rasminya diiktiraf sebagai sebuah lagi cawangan ITM pada Ogos 1996 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Kehadiran Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak untuk merasmikan majlis tersebut amat bermakna apatah lagi apabila penubuhan ITM adalah merupakan hasil cetusan idea Allahyarham ayahanda beliau sendiri iaitu Tun Abdul Razak.
Kampus kota kedua telah dibuka di Raub, Pahang pada tahun 1997 dan terletak di bangunan sementara Raub’s Courthouse. Pada tahun 2002, kampus kota ini berpindah ke bangunan baru berdekatan dengan pekan Raub.
Hebahan pautan :
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZS6GnStre/
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DFPm1QzSNsD/utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1BYzajoqKo/
X: https://x.com/uitmlibrary/status/1883091943175159808
Blogspot : https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2025/01/blog-post_25.html
Catat Ulasan