6 Januari 2024 | 6 Rejab 1446H
Alhamdullilah, Ketua Pustakawan meraikan sahabat Prof. Sr Ts. Dr. Zulhabri Ismail bersama team Penerbit UiTM pagi tadi di rumah ilmu ini. Hasrat kali ini memfokuskan kepada strategi baharu serta penambahbaikan untuk meningkatkan impak Budaya Ilmu warga universiti.
Kolaborasi bersama Penerbit UiTM dalam siri Book Talk sepanjang tahun 2024 benar-benar membuktikan kejayaan kerjasama ini dengan pencapaian luar biasa. Sebanyak 11 siri, melibatkan 16.5 jam perbincangan, 16 panel jemputan dan 7,199 tontonan di platform YouTube dan Facebook—peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya—merupakan bukti jelas keberkesanan inisiatif ini.
Faktor kejayaan ini termasuk pemilihan judul berkualiti, kehadiran panel jemputan yang hebat, dan kebolehan pemudahcara yang bijak mengendalikan setiap sesi. Namun, untuk terus maju, strategi bagi tahun 2025 harus lebih terarah, inovatif, dan berimpak tinggi, dengan matlamat membawa Book Talk ke tahap lebih tinggi.
Antara lain tahun ini memastikan judul terbitan Penerbit UiTM yang berada dalam Reading List Bahan Rujukan Universiti akan dikemaskini untuk dirujuk warga universiti.
Tidak ketinggalan, pelaksanaan 'Program of the Year' yang dirancang bulan April akan menjadi langkah penting dalam memperkasa budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa serta komuniti.
Semoga usaha ini akan mencipta nilai yang memberi impak positif kepada semua melalui Pembudayaan Ilmu.
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan