Alhamdullillah, permulaan bulan Syaaban dan Februari. Ketua Pustakawan dikunjungi 11 orang sahabat dari Jabatan Pendaftar UiTM diketuai Encik Nor Amiruddin bin Mokhtaruddin (Ketua Timbalan Pendaftar) lewat petang tadi. Hasrat utama adalah untuk perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam mengurus perpustakaan secara efektif dan sistematik.
Ketua Pustakawan berkongsi strategi analitik dalam meningkatkan kualiti pengurusan perpustakaan dan kepimpinan organisasi serta merangka hala tuju yang realistik. Selaku Pengarah Peneraju Universiti, beliau berkongsi pengalaman perpustakaan membangunkan sistem perpustakaan dan tadbir urus terbaik dalam meningkatkan kecekapan pengurusan data agar maklumat boleh diakses dengan lebih cekap dan tepat.
Semoga perkongsian ini memperoleh manfaat untuk sahabat dan warga UiTM.
Catat Ulasan