4 Februari 2025 | 5 Syaaban 1446H | 3.00 petang

Alhamdullillah, Ketua Pustakawan meraikan kumpulan lawatan seramai 8 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang diketuai oleh Puan Zubariah Binti Abdullah (Pengarah Cawangan Dokumentasi Dan Penerbitan) ke rumah ilmu ini.

Hasrat lawatan penanda arasan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat, rujukan dan perkongsian ilmu serta kepakaran berkaitan pengurusan perpustakaan terutamanya dalam usaha pendigitalan bagi memelihara dan memulihara bahan-bahan untuk rujukan masa akan datang.

Ketua Pustakawan berkongsi pengalaman Perpustakaan UiTM menerajui transformasi proses, tadbir urus serta hala tuju yang realistik sebagai panduan JKKN untuk tambahbaik perkhidmatan mereka.

Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini akan dapat membantu dan memberi nilai tambah kepada sahabat JKKN.#uitmdihatiku
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa



















Post a Comment

Terbaru Lebih lama