12 Februari 2025 | 13 Syaaban 1446H
Alhamdullilah, kesinambungan dari lawatan JKKN diketuai Puan Zubariah Binti Abdullah, Pengarah Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak minggu lepas diteruskan dengan lawatan Ketua Pustakawan ke Menara TH Perdana, Kuala Lumpur. Hasrat utama untuk melihat pusat pengumpulan bahan, penerbitan dan rujukan maklumat seni budaya yang diterajui JKKN.
Perkongsian ilmu kali ini melihat potensi keterlihatan JKKN dalam mengendalikan maklumat berkaitan penerbitan dan seni budaya serta kesenian negara. Kami berkongsi pengalaman dan amalan terbaik untuk impak strategi yang berkesan dan yang paling utama memelihara kandungan maklumat berharga. Turut dikongsi pengurusan taksonomi bidang yang memerlukan kepakaran khusus agar ianya ilmu dapat dimanfaatkan dengan lebih luas dan berkesan.
Jalinan kerjasama ini bakal memperkukuh hubungan dan memperluaskan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan agensi komuniti untuk perluasan perkongsian ilmu yang lebih versatil. Insya-Allah.
Catat Ulasan