13 Februari 2025 | 14 Syaaban 1446H
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai bakal membuka ruang kerjasama strategik akses kepada tesis dan disertasi universiti awam Malaysia. Sejarah juga tercipta untuk memperkasa perkongsian ilmu secara terbuka antara Universiti Awam di Malaysia yang akan memberi impak keterlihatan kepada universiti dan negara. Senario ini akan memberi dimensi baharu keterbukaan penyelidikan berkualiti untuk dimanfaatkan oleh penyelidik, mahasiswa dan komuniti.
Penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut disaksikan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Hotel Marriott, Putrajaya.
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan