24-25 Februari 2025 | 25-26 Syaaban 1446H
Alhamdullilah, Ketua Pustakawan menyertai warga Perpustakaan UiTM di Bengkel Information Literacy: Physical to Online yang berlangsung selama dua hari di PTAR UiTM Shah Alam. Bengkel berjaya dihadiri seramai 40 orang Instruktor Program Literasi Maklumat yang terdiri daripada Staf Pengurusan dan Profesional dan juga Staf Pelaksana Perpustakaan UiTM. Sebanyak 9 Modul Program Literasi Maklumat dibangunkan bagi membantu meningkatkan kemahiran dalam penyediaan bahan pengajaran literasi atas talian secara berkesan berpandukan teknologi kecerdasan buatan.
Hasrat utama adalah untuk membangunkan kandungan modul bagi penyediaan bahan pengajaran literasi atas talian secara berkesan. Seterusnya, ia bakal menghasilkan kandungan modul yang lebih berkualiti bagi modul sedia ada dan yang baharu untuk warga UiTM.
Peluang ini memberi makna kepada Perpustakaan UiTM untuk mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan dalam pembangunan bahan pengajaran literasi maklumat.
Pembangunan modul dengan suntikan Artificial Intelligence (AI) akan memenuhi elemen Input, Process, Outcome, Output dan Impact (IPOOI) yang perlu ada pada setiap modul yang dihasilkan bagi mengenalpasti tahap literasi maklumat di kalangan pengguna perpustakaan.
Dengan tema Future Library Learning, pembangunan literasi ini akan memacu pembelajaran digital dan fleksibel yang mencakupi semua kelompok pengguna perpustakaan,
Pastinya akan menemui semua warga UiTM tidak lama lagi.
#uitm #literacy #library #future #digitallibrary #librarian
Pautan hebahan :
Catat Ulasan