𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧: 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐮𝐬𝐩𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐔𝐢𝐓𝐌
20 Februari 2025 | 21 Syaaban 1446h

Alhamdulillah, Ketua Pustakawan memenuhi jemputan sebagai panel untuk siri pertama Bicarawara Strategi anjuran sahabat dari Pejabat Transformasi Universiti dengan kerjasama Pejabat Komunikasi Strategik pagi tadi di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Hampir 2 jam membicarakan pengalaman Perpustakaan UiTM bersama pemudahcara, Dr Mohd Ridwan Seman @ Kamarulzaman
Ketua Pengurusan Maklumat & Data Analitik, Pejabat Transformasi Universiti.

Pengalaman terbukti mendewasakan transformasi Perpustakaan UiTM. Berkongsi peranan perpustakaan dalam pengurusan pengetahuan di UiTM, strategi dan inisiatif dalam menyokong aktiviti penyelidikan dan penerbitan serta memahami cabaran dan peluang dalam memperkasakan perpustakaan sebagai pusat rujukan ilmu dan inovasi.

Soalan yang kerap dilontarkan, apakah inspirasi kami dalam mendepani perpustakaan kalis zaman. Rujukan saya dalam perkara ini adalah karya Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun oleh Syed Hussein Alatas. Beliau mengangkat peranan perpustakaan sebagai pusat pertemuan intelektual yang mampu menghasilkan idea-idea yang mengubah hala tuju dunia. Cukup untuk memberi kekuatan kepada Perpustakaan UiTM untuk memberi yang terbaik kepada warga UiTM dan komuniti.

Rezeki hari ini juga, kami berpeluang bertemu insan hebat Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja) dan Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan (Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu).

#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#pembudayaanilmumembentukadiwangsa












Post a Comment

Terbaru Lebih lama