Penyelidik Utama kajian tersebut, Associate Professor Dr. Amy Vanscoy dari University at Buffalo, New York dan Penyelidik Bersama, Prof. Dr. Kiran Kaur dari Jabatan Sains Perpustakaan dan Maklumat, Universiti Malaya memilih Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai lokasi kajian mereka.
Pustakawan berpengalaman kami menyertai kajian ini adalah Puan Nurul Aida Noor Azizi (Timbalan Ketua Pustakawan), Unit Pembangunan Bakat dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya Samsul Yuzli (Pustakawan), Unit Perkhidmatan Pelanggan berkongsi kepakaran serta pengalaman mengendalikan perkhidmatan Rujukan untuk warga Universiti.
Semoga penyertaan Pustakawan kami akan menyumbang kepada pembangunan ilmu kepustakawanan di peringkat global.
#uitmdihatiku
#perpustakaanuitm
#uitmdihatiku
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#LibraryScience
#knowledge
#librarian
Catat Ulasan