6 Februari 2025 | 7 Syaaban 1446H

Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan menerima sijil Pemberitahuan Hak Cipta untuk karya tagline "Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa" bertarikh 5 Februari 2025. Sijil diserahkan oleh Encik Zulhilmi Aizat bin Ahmad Jaffri di Menara MyIPO, Petaling Jaya tengah hari tadi. 


Mengimbas kembali pencapaian ini, tagline Perpustakaan UiTM bermula dengan PTAR@Your Service pada tahun 2005 diikuti Library For All pada tahun 2012. Evolusi penggunaan tagline terbaharu pada tahun 2024 kepada Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa dibawakan untuk mengangkat peranan dan kewibawaan perpustakaan sebagai sebuah gedung ilmu dalam penyampaian dan penyantunan ilmu kepada warga universiti dan komuniti.


"Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa" menjadi identiti rasmi Perpustakaan UiTM dan mencipta langkah strategik dalam memartabatkan ilmu dan pembentukan masyarakat yang progresif.



#uitmdihatiku
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa









Post a Comment

Terbaru Lebih lama