13 Mac 2025 | 12 Ramadan 1446H


Alhamdullilah, meraikan sahabat dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM diketuai Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno ke rumah ilmu ini. Perbincangan lawatan kali ini membawa hasrat lebih besar iaitu mengukuhkan sinergi dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu demi kecemerlangan warga UiTM. Antara lain turut menyatakan hala tuju Koleksi Khas Jawi yang boleh difikirkan bersama ACIS yang akan memberi manfaat berimpak kepada UiTM komuniti.


PTAR juga membuka peluang kerjasama pembudayaan ilmu untuk pembangunan Pengajian dan Pendidikan Islam, Ekonomi Islam & Muamalat dan Pengurusan Industri Halal. Pastinya Perpustakaan mampu memberi sumbangan dalam kepakaran subjek taksonomi, pendigitalan, Personalized Education dan Pembangunan Bakat Perpustakaan UiTM seperti Speed Reading.


Ketua Pustakawan menyantuni sahabat ACIS ke Koleksi Khas Jawi untuk melihat naskhah ulama jawi Nusantara yang pastinya lebih dekat dengan bidang kepakaran sahabat ACIS.


Kami percaya akan pembudayaan ilmu warga UiTM mempunyai peluang lebih besar merangkumi pelbagai bidang seperti ilmu agama, astronomi, falak, dan banyak lagi subjek yang boleh diteroka bersama. Insya-Allah.


#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa



















Post a Comment

Terbaru Lebih lama