14 Mac 2025 | 13 Ramadan 1446H
Alhamdullilah, tahniah kepada warga Perpustakaan UiTM atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam Kategori Transformasi Digital sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU2024) anjuran Pejabat Transformasi Universiti dan Pejabat Naib Canselor di Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Pencapaian ini membuktikan usaha Perpustakaan UiTM diiktiraf dalam memperkasa pembudayaan ilmu dalam inovasi dan transformasi pendigitalan.
Semoga Perpustakaan UiTM terus istiqamah dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada warga UiTM dan manfaat lebih luas untuk komuniti. Insya-Allah.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama