11 April 2025 | 12 Syawal 1446H
Alhamdullilah, Ketua Pustakawan selesai melafazkan Ikrar Bebas Rasuah disaksikan oleh Tuan Rosmadi bin Kasim (Penolong Pesuruhjaya SPRM Selangor) dan Wakil Bahagian Integriti Encik Mohd Hafiz Ramlee (Pengarah Bahagian Integriti UiTM) bersama warga Perpustakaan Tun Abdul Razak di Library Community Engagement, pagi tadi.
Insya-Allah, dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, warga Pepustakaan menolak sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan. Kami juga komited untuk memelihara nama baik institusi dan memastikan perkhidmatan yang telus dan beretika kepada masyarakat.
Komitmen kami jelas – tiada ruang untuk rasuah sebagai lambang integriti dan akauntabiliti profesion Pustakawan.
Catat Ulasan