“Buku-Buku UiTM Ni Padu! Tak Baca Rugi!”
Anda mungkin terkejut – koleksi buku terbitan UiTM Publications sekarang boleh dibaca secara digital & PERCUMA di Portal PERMATA! Sama ada anda sedang mencari motivasi akademik, kemahiran teknikal, atau panduan menyiapkan tugasan akhir tahun, semuanya ada dalam satu klik!
Antara judul menarik yang Wajib Anda Baca:
-
PhD, DBA Kami, Gaya Kami – Kisah inspirasi perjuangan akademik yang tak pernah diceritakan di kelas!
-
Mission Almost Impossible: PhD Mission Accomplished – Jika anda fikir PhD itu mustahil, tunggu sampai anda baca ini.
-
Panduan Perisian CAD – Untuk mereka dalam bidang teknikal, ini bukan sekadar panduan – ini survival kit!
-
Predictive Modelling Based on Machine Learning Techniques – Dunia AI & data analytics kini dalam genggaman anda.
-
Writing for FYP – Panduan lengkap dari cadangan ke laporan. Baca ini, FYP anda confirm teratur!
Dan yang paling best…
Koleksi ini merangkumi lebih 150 judul – hasil intelektual warga UiTM yang berkualiti tinggi. Anda boleh baca bila-bila masa, di mana sahaja.
Terokai sekarang di Portal PERMATA:
https://permata.uitm.edu.my/
Ada masalah akses?
Gunakan sahaja fungsi Chat With Librarian di portal. Kami akan bantu anda langkah demi langkah!
Ingat!
Jika anda membaca mana-mana bahan luar koleksi perpustakaan, JANGAN LUPA rekod bacaan anda di sistem MyReading bagi menyokong kempen universiti:
"1 Warga, 24 Naskhah Setahun" – kerana membaca adalah pelaburan ilmu yang paling murah dan paling tinggi nilainya.
Catat Ulasan