Pada 8 Mei 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam telah menganjurkan satu sesi kelas literasi maklumat yang memberi tumpuan kepada penggunaan pangkalan data atas talian (online database) untuk pelajar Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM).

Bertempat di Pusat IT PTAR, kelas ini dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul Bin Mohd Hussin, Pustakawan Kanan PTAR, yang berkongsi teknik-teknik penting dalam:

  • Mencari maklumat akademik dengan efisien

  • Menilai sumber digital yang sahih dan berkualiti

  • Memanfaatkan pelbagai pangkalan data yang dilanggan oleh UiTM

Sesi ini berjaya membuka minda pelajar kepada kelebihan penggunaan sumber maklumat digital yang sah dan berimpak tinggi. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kajian akademik dan tugasan mereka.

📷 Saksikan gambar dan suasana sepanjang sesi di media sosial rasmi kami.

#PTARUiTM #LiterasiMaklumat #OnlineDatabase #UiTMLibrary #FakultiSainsKomputer #DigitalLearning #UiTMHebat

Post a Comment

Terbaru Lebih lama