📅 Tarikh: 27 Mei
2025 | ⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Fakulti
Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM
Sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik promosi dan pengukuhan
jaringan perkhidmatan perpustakaan, satu sesi Meet & Greet bersama Fakulti
Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah diadakan pada 27 Mei 2025. Program
ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif Perpustakaan Tun Abdul Razak
(PTAR) dalam memupuk sinergi bersama fakulti bagi memperkasa budaya ilmu dan
galakan membaca dalam kalangan warga universiti.
Program ini telah diselaras oleh Ketua Perpustakaan Sains dan Teknologi, Encik
Mohd Hazrul Bin Hussin (Timbalan Ketua Pustakawan), dengan penyertaan seramai
tujuh (7) orang pegawai dan staf perpustakaan, yang diketuai oleh Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Encik Ahamad Zuber Mohamed
Dari pihak fakulti, Dekan FSKM, Prof. Madya Dr. Norjansalika Janom turut
hadir bersama barisan pengurusan tertinggi fakulti, sekali gus memperkukuh
jalinan kerjasama antara perpustakaan dan pihak akademik.
Antara pengisian utama sesi ini termasuk:
- Pembentangan
Perkhidmatan Perpustakaan Sains & Teknologi, termasuk kemudahan akses
maklumat dan sokongan penyelidikan fakulti.
- Penerangan Program Galakan Membaca 1 Warga, 24 Naskah Bahan Bacaan yang menyokong pencapaian PI Universiti 145 – Knowledge Society.
- Pengembangan Program Pembudayaan Ilmu sejajar dengan PI Universiti 146 – Literacy and Reading Initiatives.
- Cadangan
Mengoptimakan penggunaan Ruang Speaker Corner di FSKM sebagai medium interaktif
wacana ilmu antara pelajar dan warga.
- Lawatan ke Actualrial Resources Centre (ARC), salah satu pusat rujukan khas fakulti.
Sesi ini membuka ruang kolaboratif yang lebih luas antara PTAR dan FSKM,
khususnya dalam memperkukuh akses maklumat, sokongan akademik serta memperkasa
amalan membaca dan budaya keilmuan di kalangan warga UiTM.
#MalaysiaMembaca #UiTMMembaca #KnowledgeSociety
#PTARUiTM #MembacaMakananJiwa
Catat Ulasan