Pelajar dan guru SMK Lokman Hakim melawat Galeri Tun Abdul Razak

Pada 29 April 2025, Galeri Tun Abdul Razak menerima kunjungan 109 orang pelajar dan guru dari SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim. Mereka teruja melihat koleksi dan pengkisahan sejarah yang dipaparkan di galeri ini, terutamanya koleksi jubah konvokesyen, pencapaian UiTM di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Kami meraikan warga UiTM, komuniti setempat dan antarabangsa ke Galeri Tun Abdul Razak untuk tujuan pendidikan, memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar mengenai sejarah dan pencapaian UiTM serta peranan tokoh negara dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama