Bahagian Arkib Universiti (BARU), UiTM telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Kristal Azmir Sdn. Bhd. Kunjungan ini diketuai oleh En. Azharul Azmir bin Kamarulzaman (Pengarah Urusan) dan Pn. Azmira Azna binti Kamarulzaman (Pengurus Produksi), yang juga merupakan alumni Fakulti Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian), UiTM.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi dan pihak industri, khususnya dalam aspek pengurusan rekod visual dan dokumentasi sejarah. Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama strategik dalam meneroka inovasi kandungan arkib melalui medium kreatif serta penghasilan dokumentari berasaskan sumber sejarah UiTM.
BARU sebagai pusat rujukan warisan institusi memainkan peranan penting dalam memastikan segala rekod dan arkib universiti dipelihara secara sistematik, beretika dan mengikut piawaian profesional. Perbincangan dua hala ini bukan sahaja membuka ruang jaringan kerjasama tetapi juga mengiktiraf kepentingan arkib dalam memelihara identiti dan nilai sejarah sesebuah institusi pendidikan tinggi.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1B5WKuvXHy/
Catat Ulasan