Bahagian Arkib Universiti telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor pada 18 Jun 2025 (Rabu) bertempat di Bahagian Arkib Universiti dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan disambut oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian amalan terbaik pelaksanaan sistem Document Management System (DDMS 2.0) dalam pengurusan dan penyimpanan rekod rasmi universiti. Sesi ini telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, memperkukuh kefahaman terhadap pematuhan dasar rekod, serta membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh dalam mendokong tadbir urus digital UiTM.
Terima kasih diucapkan kepada delegasi Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor atas kesudian menjadikan Bahagian Arkib Universiti sebagai rujukan.
Kredit gambar : Unit Kewangan UiTM Cawangan Selangor
Catat Ulasan