Lebih 500 judul bahan bacaan digital kini tersedia untuk anda melalui platform UiTM eLib eBook! Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka pelbagai koleksi menarik yang merangkumi:

  • Karya Sasterawan Negara

  • Alam Melayu & Sejarah

  • Islam & Motivasi

  • Novel popular

  • Pengetahuan Am

  • Bahan rujukan universiti terbitan Penerbit UiTM – sesuai untuk keperluan akademik dan pembelajaran.

Bahan bacaan ini boleh diakses dengan mudah di pautan berikut:
🔗 https://uitm.elib.com.my/

Langkah mudah untuk akses:

  1. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan MyKM anda.

  2. Pinjam sehingga 2 buku selama 7 hari.

  3. Nikmati pembacaan melalui pelayar web atau aplikasi eSentral Reader.

  4. Pemulangan buku dilakukan secara automatik.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pustakawan Rujukan di Perpustakaan Kampus atau Cawangan masing-masing. Anda juga boleh berinteraksi secara langsung melalui:
💬 Chat With Librarian: https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

Bacalah dengan hati terbuka – kerana ilmu adalah cahaya kehidupan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama