Alhamdulillah, pada 7 Julai 2025 yang lalu, Jabatan Perpustakaan UiTM telah berjaya membentangkan projek Pengurusan Audit Dalam Perpustakaan Tun Abdul Razak sebagai salah satu finalis dalam acara Pembentangan Akhir Kecemerlangan Operasi 2024 Universiti Teknologi MARA. Acara berprestij ini dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dan dijalankan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams.
Pembentangan ini merupakan satu penghargaan besar kepada Jabatan Perpustakaan yang telah berusaha gigih dalam mempertingkatkan pengurusan audit dalaman perpustakaan demi memastikan kualiti perkhidmatan dan pengurusan operasi yang lebih cekap dan berkesan. Kejayaan menjadi finalis ini membuktikan komitmen tinggi jabatan dalam menyumbang kepada objektif utama Kecemerlangan Operasi Universiti.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), atas peluang yang diberikan. Penyertaan dalam program ini bukan sahaja membuka ruang untuk berkongsi amalan terbaik tetapi juga memperkukuh semangat inovasi dan kecemerlangan dalam kalangan warga kerja UiTM.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua jabatan di UiTM untuk terus meningkatkan mutu kerja dan memberi impak positif dalam usaha mencapai kecemerlangan operasi secara menyeluruh.
Catat Ulasan