4 Julai 2025, Shah Alam - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan penuh penghargaan menyambut kunjungan hormat daripada barisan pengurusan Fakulti Sains Maklumat (FSM), UiTM Shah Alam. Sesi ini telah menjadi medan pertemuan intelektual dan perbincangan strategik yang menyentuh pelbagai aspek kerjasama dan pengukuhan ekosistem pembelajaran di kampus.

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk menggarap sinergi baharu dalam memperkukuh usaha memperkasa budaya ilmu serta sokongan PTAR terhadap proses pembelajaran, penyelidikan dan penghasilan graduan berkualiti tinggi.

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM turut menzahirkan harapan agar hubungan strategik ini mampu memberi impak yang signifikan dalam membantu kemembjadian graduan Fakulti Sains Maklumat sebagai profesional maklumat yang bersedia menghadapi cabaran dunia industri yang dinamik dan mencabar.

“PTAR sentiasa komited untuk menyokong keperluan pembelajaran dan latihan praktikal pelajar FSM, agar mereka bukan sahaja mahir dari aspek teori, tetapi juga mempunyai daya saing dan kebolehpasaran tinggi dalam sektor maklumat, perpustakaan digital, analitik data dan pengurusan arkib digital masa kini.” – Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan

PTAR optimis bahawa kolaborasi strategik seperti ini akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang cemerlang, inovatif dan relevan dengan keperluan semasa industri maklumat dan teknologi.

Kerjasama strategik, melahirkan profesional maklumat masa depan.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1VucpVmt4d/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama