Shah Alam, 1 Oktober 2025 – Satu bengkel berfokus kepada pemurnian Portal for Research and Innovation Management (PRIMe) telah diadakan di Hotel UiTM Shah Alam bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Zuhaslinda Sulaiman yang berkongsi kepakaran beliau mengenai tatacara pengisian PRIMe secara sistematik, amalan terbaik (best practices) serta panduan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan ketika menggunakan portal.
Melalui pengisian ini, para peserta mendapat pencerahan mendalam tentang:
✅ Kaedah pengisian data penyelidikan dengan tepat
✅ Panduan pelaporan inovasi yang berkesan
✅ Kepentingan integriti maklumat dalam pengurusan data
Bengkel ini menjadi pemangkin dalam memperkasa kecekapan serta meningkatkan ketepatan pengurusan maklumat penyelidikan dan inovasi di UiTM. Ia seiring dengan aspirasi universiti untuk terus unggul sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.
“Setiap data yang diisi dengan tepat adalah langkah kecil menuju impak besar dalam dunia penyelidikan.”
Dengan usaha berterusan, PRIMe bukan sahaja menjadi portal pengurusan, malah simbol komitmen UiTM dalam membina masa depan berasaskan pengetahuan, inovasi dan kreativiti.
Catat Ulasan