Shah Alam, 9 Oktober 2025 – Taklimat Perpustakaan sempena Orientasi Pelajar Baharu UiTM telah diadakan bagi memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kepada pelajar baharu.

Sesi pertama berlangsung pada jam 11.00 pagi di Dewan Serbaguna Seroja melibatkan seramai 350 orang pelajar Akademi Pengajian Bahasa, manakala sesi kedua diadakan pada jam 3.45 petang di Ruang Telaah, PTAR melibatkan 87 orang pelajar Department of Professional Accounting Studies.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Eza Eliana A. Wahid, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), yang menerangkan tentang pelbagai perkhidmatan perpustakaan termasuk kemudahan pinjaman bahan, akses sumber digital, ruang pembelajaran, serta sokongan akademik sepanjang tempoh pengajian pelajar di UiTM.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama