Shah Alam, 14 Oktober 2025 – Reruai Literasi Maklumat dan Bacaan Pantas sempena Ekspo Mini eSukan telah diadakan di Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam dari 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Program anjuran Unit Literasi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan ini telah menarik penyertaan seramai 70 orang pelajar UiTM daripada pelbagai fakulti termasuk Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Alam Bina, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Perakaunan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, serta Fakulti Kejuruteraan Kimia.
Pengisian reruai meliputi pengenalan dan semakan kepantasan membaca, di samping penerangan mengenai cara pengaksesan bahan atas talian perpustakaan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan literasi maklumat serta menggalakkan kemahiran membaca pantas sebagai sokongan kepada pembelajaran berkesan di UiTM.
Catat Ulasan