9 Disember 2025 - PTAR, GTAR & GESTPerpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan delegasi antarabangsa seramai 35 peserta dari Universitas Darunnajah (UDN), Indonesia, bersama pengiring dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Nafhatun Md Shariff. Lawatan ke PTAR ini merupakan salah satu aktiviti bersempena Program Antarabangsa Kolaborasi Sinergi Akademik dan Pertukaran Silang Budaya diantara UiTM dan UDN.
Lawatan ini bertujuan untuk:
✨ Memperkasa jaringan akademik antarabangsa
✨ Meneroka budaya ilmu antara dua institusi
✨ Melihat dengan lebih dekat fasiliti dan perkhidmatan PTAR, GTAR & GESTURZ
✨ Mengukuhkan potensi kerjasama akademik masa hadapan
Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa ruang ikonik PTAR, GTAR dan GESTURZ termasuk:
📘 Ruang pembelajaran moden & kolaboratif
📚 Koleksi pelbagai disiplin
🤖 Inovasi digital & teknologi perpustakaan
📜 Galeri warisan & khazanah ilmu
PTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada ACIS Shah Alam atas inisiatif ini serta kepada para peserta dari UDN yang sudi berkunjung. Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat kepada komuniti ilmu di Malaysia dan Indonesia.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Bs8Wp1C1B/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama