Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MSOSH Ke-43 Tahun 2025 bagi kategori MSOSH-IKS, Awam & Swasta – Safety Excellence Premier Award.

Majlis anugerah berprestij ini berlangsung pada:
📅 13 November 2025 (Khamis)
📍 Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Penghargaan ini telah diterima oleh Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, bagi pihak Jabatan Perpustakaan. Anugerah disampaikan oleh Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat, Presiden Cuepacs, sebagai tanda pengiktirafan terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang cemerlang oleh PTAR. Turut hadir Tuan Haji Ahmad Hilmi bin Rahmat@Abd Rahman, Pengarah Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Pembangunan UiTM Shah Alam.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen Jabatan Perpustakaan dalam:
  • memastikan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan sejahtera
  • memperkasa budaya OSH yang proaktif dan berimpak
  • menyokong aspirasi UiTM ke arah kecemerlangan operasi dan kesejahteraan warga universiti
Tahniah kepada seluruh warga PTAR atas kejayaan ini.
“Safety isn’t a goal — it’s a culture we live every day.”

Baca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/1Ceonwk8kV/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama