18–19 November 2025 | 27 Jamadilawwal 1447H - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam terus komited memperkukuh tadbir urus organisasi melalui penganjuran Sesi Hands-On Sistem iLibPro. Sesi ini memberi penekanan kepada penguasaan proses kerja perpustakaan secara sistematik, merangkumi:
  1. Memuat naik carta alir proses kerja ke dalam Repositori Tadbir Urus Perpustakaan.
  2. Pengisian dan penyusunan maklumat proses mengikut struktur yang telah ditetapkan dalam Sistem iLibPro.
  3. Pemetaan sub-proses, pengemaskinian dan pemuatan naik dokumen secara teratur, tepat dan seragam.
Melalui pendekatan hands-on, sesi ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman teknikal, malah menggalakkan adaptasi amalan kerja berasaskan pemetaan proses yang lebih cekap dan profesional.
Latihan ini mencerminkan kesungguhan PTAR dalam memperkukuh budaya kerja berasaskan tadbir urus serta menyokong agenda transformasi digital UiTM, dengan memastikan dokumentasi proses perpustakaan sentiasa kemas, telus dan mudah dirujuk. Turut diterapkan ialah penggunaan AI Analytic dalam iLibPro, yang membolehkan staf menganalisis corak proses kerja, mengenal pasti jurang pematuhan dan menilai keberkesanan dokumentasi secara berasaskan data.
Inisiatif seperti ini terus memperlihatkan komitmen PTAR dalam melahirkan warga perpustakaan yang kompeten, bersedia dan responsif terhadap keperluan pengurusan maklumat masa kini.

BAca lanjut : https://www.facebook.com/share/p/1H7xyRqhGC/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama